Friday, April 08, 2005

Present Day 2

Halim ditolak dengan kasar ke sudut sel....jauh dari pintu besi...Halim mendengus sendiri...'dah nasib aku agaknya....ah! peduli apa aku', fikir Halim...Bau busuk masih menusuk hidung...apa tidaknya, sekeliling Halim cuma ada insan-insan yang senasib denganya, malah ada yang lebih teruk lagi...Halim masih mampu memandang mereka walaupun kepalanya sakit tak terkata....nak muntah pun ada, sakit-sakit tulang pun ada...boleh dikatakan macam-macam rasa dalam satu masa. Teringin juga Halim bertanya mereka-mereka yang ada bersamanya ketika itu, tapi apakan daya, Halim sendiri tidak upaya...jalan pun terhoyang-hayang...kadang-kadang sel terasa bergoyang. Halim melihat ada antara mereka-mereka itu langsung tak berdaya untuk bangun....ada yang hanya tinggal tulang dan kulit...seolah-olah mayat bernyawa. Halim cuba mendekati salah seorang dari mereka yang Halim memang pernah jumpa, kalau tidak silap Halim ketika sama-sama menuju ke ladang kelapa sawit di hujung kampung..'Oooo...si Dee, baru aku ingat', kata Halim perlahan, antara dengar dan tidak...Halim teringat lagi yang dia menunggang motor sendirian ketika itu, manakala Dee bersama rakannya...Halim pun tak peduli motosikal siapa, yang penting boleh di tunggangi....Halim terbayang 'benda haram' tu saja dalam kepala hingga tidak sedar beberapa orang anggota polis sedang mengintip dan akhirnya menangkap mereka...walaupun Halim cuba lari dan bergelut tapi anggota polis telah bersedia dan bertindak pantas serta keras...Halim tumbang....mereka semua tumbang termasuk Dee.....
'Hey...lu Dee kan?...gua Halim', Halim cuba menegur...'Aaaaa...', sahut Dee...Halim mendekati Dee yang tak berdaya bangun...'Gua tak cakap la dengan sape gua dapat barang...gua mana ingat...', Halim membuka bicara...'Lu cakap ka?'...Halim bertanya lagi...'Heyyy...jangan kacau gua laa...kepala gua pusing ni', Dee berpaling....'sudahlah lu...', Halim berlalu, lantas duduk di sudut dinding....
Kepala Halim semakin sakit dan Halim terbayang akan perjalanan hidup yang pernah dia lalui....Halim terasajugak kekesalan kerana terlibat dalam kancah dadah dan sampah masyarakat....Halim sedar yang dia memang tiada harapan untuk pulih seperti sediakala namun Halim pasrah dan cuba mengimbas kembali sejarah hidupnya......dari zaman kecilnya yang ceria, zaman remajanya yang masih bahagia dan mengundang duka...hinggalah ke zaman dewasa yang penuh sengsara.

Wednesday, April 06, 2005

Present Day

"Gedeganggggg......', bunyi pintu besi di buka, Halim tersentak....'cepat bangun!...cepat!!...terhegeh-hegeh...melantak lagi benda haram tu....', sergahan anggota polis itu menbangunkan Halim dari tidur ayamnya dan khayalan yang entah ke mana....Halim sedar insan seperti dia adalah sampah masyarakat yang memang tidak perlu di kasihani maupun diberi sebarang perhatian. Tapi dari hati kecil Halim terungkit rasa kesal kerana beliau juga manusia biasa, punya hati dan perasaan...dengan langkah yang tidak tentu arahnya, Halim bangun ke arah anggota polis yang menyergahnya tadi....'apa ni banggg.....kesian lah kat gua ni...pening lah kepala gua, perlahan lah sikit...gua ada telinga tau...', rintih Halim...'aku pelempang kau karang! banyak cakap pulak dia...mari sini!'...Halim di tarik hingga seakan jatuh ke lantai...Halim gagahi juga untuk berjalan..bau busuk menusuk hidung Halim...dilihatnya sekeling...ramai lagi insan-insan seperti dia di sebalik pintu besi itu...dia pun entah telah beberapa hari, entah beberapa bulan tidak pernah mandi dan mengurus diri...Halim tidak peduli...dapat menjamah benda haram tu pun sudah cukup membahagiakan dirinya saat itu. Halim di bawa berjumpa dengan pegawai polis yang lebih tinggi pangkatnya dari anggota polis tadi dan di minta untuk memberi penjelasan tentang kenapa beliau ada di situ...sebenarnya Halim tidak peduli...'Awak kena kami tahan di sini kerana terlibat dalam penagihan dadah...di mana awak dapat dadah ni?...siapa pembekal awak', pegawai polis itu menyoal Halim. Halim gelengkan kepala dan tidak pernah peduli di mana dan siapa....'Hey!!!', sergah pegawai polis itu...Halim tersentak.....'Gua tak tau lah tuan...gua ambil saja....', jawab Halim...'Gua jual besi...dapat duit, gua belilah...', jawab Halim lagi....'memang tak guna langsung awak ni...lebih baik mati saja lah....bawa dia balik ke sel!', arah pegawai polis tadi..'duduk situ sampai kami hantar awak ke pusat pemulihan, menyusahkan orang....'...Halim tunduk dan di bawa balik ke sel....'Gedeganggg...', bunyi pintu besi ditutup....